Friday, September 19, 2008

Kenapakah harga barang naik, jumlah kemalangan maut dan pengangguran bertambah ?

Menurut apa yang selalu digembar-gemburkan di media masa, harga barang naik adalah berpunca daripada kenaikan harga minyak dunia. Peperangan dingin diantara USA dan Iran adalah merupakan masalah sebenar harga minyak dunia meningkat. Apabila Iran mengumumkan pelan perdamaian diantara Amerika dan Iran, maka Iran mulai menjual semula minyaknya. Selepas itu harga minyak dunia kembali turun seperti biasa. Masalah pokoknya sekarang, kenapa setelah harga minyak dunia turun harga barang di Malaysia tetap sama dan ada yang semakin meningkat. Sedangkan dinegara jiran kita seperti Thailand, Singapura, Vietnam dan negara-negara Asean yang lain tidak menunjukan peningkatan harga barang yang ketara walaupun mereka bukan negara pengeluar minyak seperti di Malaysia. Oleh itu ini tidak lain dan tidak bukan adalah kesilapan pengurusan Kerajaan Malaysia yang terlalu takut untuk menyatakan kebenaran tetapi bergantung penuh kepada duit atau material. Mereka menyatakan negara Islam tetapi pada hakikatnya tidak mempercayai sepenuhnya kepada agama yang dianuti tetapi percaya penuh kepada duit, Kalau harga diturunkan maka keuntungan akan berkurang. Begitulah perinsip sebenar kerajaan Malaysia sekarang. Sedang menurut Islam keuntungan sebenar hanyalah dengan menyatakan kebenaran. Contohnya kalau harga minyak dunia turun maka turun lah kebanyakan harga barang. Jadi musibah yang berlaku sekarang adalah berpunca dari tangan manusia itu sendiri. Mengenai kemalangan jalan raya......Kenapa kah kita perlu berbanga dengan hari kemerdekaan setiap tahun sedangkan saban tahun jumlah kemalangan maut dan pengangguran bertambah. Sekiranya jumlah pengangguran bertambah dan kemalangan maut bertambah, itu adalah tanda berlaku pembohongan yang besar Kerajaan Malaysia terhadap rakyat Malaysia diatas setiap pembangunan yang telah dilakukan. Punca kemalangan adalah dari kesilapan undang-undang ciptaan manusia yang tidak berperikemanusiaan sehingga menyebabkan kebanyakan kita dan pekerja kerajaan menjadi buta hati. Telalu tunduk kepada undang-undang yang tidak adil sehingga kekejaman yang berlaku di depan mata dianggap remeh. Contohnya sekiranya ada lesen atau cukai jalan belum tamat tempoh, kalau melanggar seseorang dengan sengaja dianggap tidak bersalah. Tetapi kalau tidak ada lesen atau cukai jalan tamat tempoh dianggap perkara besar, walaupun tidak pernah melanggar sesiapa pun. Sila renung-renungkan. Punca utama adalah dengan mngenakan saman, kerajaan akan dapat banyak duit...betultak? Maka bersedialah setiap hari dengan rakyat Malaysia menyumpah kerajaan yang ada ni.......

No comments: